Richiamo Coffee

Richiamo Coffee raih anugerah Brand of The Year 2022 – WorldMuslimPrenuer

KUALA LUMPUR: Richiamo Coffee Sdn Bhd., pemilik rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara telah dianugerahkan Brandof The Year 2022 – WorldMuslimPreneuer baru-baru ini yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

Anugerah tertinggi di dalam kategori itu telah disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rostam.

Hampir 100 tetamu yang hadir dari pelbagai latar belakang perniagaan dan industry di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd, Muhamad Zamry Abu Samah, berkata ia adalah anugerah tertinggi yang diberikan kepada Richiamo Coffee sejak mula beroperasi tahun 2015.

“Sesungguhnya anugerah ini amat bermakna kepada seluruh keluarga Richiamo Coffee di seluruh negara yang kini mencecah hampir 140 cawangan dan satu cawangan di Siem Reap Kemboja,” katanya di sini baru-baru ini.

Di majlis anugerah tersebut beberapa anugerah turut diberikan kepada individu dan organisasi serta pertubuhan yang menunjukkan pencapaian serta prestasi yang luar biasa sepanjang tahu 2022 dan juga sumbangan diberikan kepada industri serta orang ramai.

Muhamad Zamry berkata, beliau seakan-akan tidak percaya apabila Richiamo Coffee dipilih untuk menerima anugerah tersebut memandang terpaksa bersaing dengan jenama-jenama terkenal dan lama serta berpengaruh.

Pemilihan Richiamo Coffee membuktikan jenama tempatan juga mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang telah lama bertapak di dalam industri.

Sementara itu, penganjur anugerah itu WorldMuslimPreneuer berkata, pihaknya mengiktiraf pencapaian dalam sektor yang berkembang pesat ini di mana perniagaan dan keusahawanan Muslim terbabit secara langsung di dalam industri masing-masing.

“Pencapaian terkini dan memberi pengiktirafan dalam platform rangkaian dan peluang peringkat tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, anugerah ini adalah untuk terus meraikan pencapaian usahawan dan jenama di dunia perniagaan Muslim selain menyediakan platform untuk rangkaian peringkat tinggi dan liputan media untuk sektor yang luas ini.

Anugerah yang disampaikan ini sentiasa diiktiraf oleh kementerian yang berkenaan bagi memastikan kesahihan anugerah dan akreditasi. – BERITA HARIAN

Scroll to Top