Telah berlangsung satu program Sesi Dialog Bersama Industri Richiamo Coffee Sdn Bhd dan pihak IKBN Peretak yang dihadiri oleh wakil industri iaitu Encik Muhamad Zamry bin Abu Samah, Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn Bhd dan Encik Adam bin Kassim, Pengarah Pemasaran Richiamo Coffee Sdn Bhd. Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Puan Normahsyuri bin Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan turut disertai oleh 8 orang pegawai dikalangan Pegawai Jabatan Hospitaliti dan Cawangan Hubungan Industri.






Antara intipati sesi dialog dan perbincangan ini adalah untuk mendapatkan beberapa maklumbalas dan persetujuan bersama pihak industri dalam perlaksanaan Program Bootcamp Barista yang bakal dilaksanakan bermula Mei 2022 ini nanti.
Objektif utama sesi dialog ini ialah sebagai permulaan kerjasama pintar antara pihak industri Richiamo Coffee dan pihak institut dalam membantu penghasilan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang lebih efisien khususnya dalam bidang hospitaliti.
Selain menjalinkan hubungan baik bagi meningkatkan mutu dan kebolehpasaran graduan lepasan IKBN Peretak.
Hasil sesi dialog ini diharapkan menjadi permulaan yang bakal memberikan impak keuntungan jangka panjang bagi kedua-dua pihak terutamanya dalam membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dalam persekitaran perhubungan perusahaan di industri.